Movie review score
5


Coshare adalah singkatan daripada nama syarikat Coshare Holdings Berhad. Fungsi Coshare adalah sama seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), cuma Coshare adalah syarikat swasta dan tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) seperti mana Angkasa. 

Coshare Holding Berhad adalah agensi yang telah di berikan kelulusan secara bertulis dan berdaftar oleh Kementerian Kewangan (KKM) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk melaksanakan urusan pemotogan terus dari gaji bulanan diterima Kakitangan Awam  bagi tujuan bayaran ansuran bulanan pembiayaan pinjaman yang telah diluluskan dengan kadar tidak melebihi 60% dari gaji kasar diterima dimana ianya telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak iaitu penerima pembiayaan dan penggeluar dana pembiayaan.

Tiga agensi yang dibenarkan membuat potongan gaji majikan untuk kakitangan kerajaan & badan-badan berkanun adalah;
1) BSN
2) Coshare Holdings Berhad
3) Angkasa.

Coshare bukan nama baru dalam bidang pemberian pinjaman, tetapi sebelum ini lebih tertumpu kepada pinjaman pengguna(consumer loan). Kini Coshare bekerjasama bersama sebuah Institusi Kewangan terkemuka dari luar negara (Kuwait Finance House (M) Berhad), menawarkan skim Murabahah Pembiayaan Peribadi-i yang mungkin menjadi salah satu skim pembiayaan peribadi-i terbaik di pasaran masakini.