Coshare adalah singkatan daripada nama syarikat Coshare Holdings Berhad. Fungsi Coshare adalah sama seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), cuma Coshare adalah syarikat swasta yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 447108-X dan tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) seperti mana Angkasa.

Coshare Holding Berhad adalah agensi yang telah diberikan kelulusan secara bertulis dan berdaftar oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk melaksanakan urusan pemotogan terus dari gaji bulanan diterima Kakitangan Awam di Malaysia bagi tujuan bayaran ansuran bulanan pembiayaan pinjaman yang telah diluluskan dengan kadar tidak melebihi 60% dari gaji kasar diterima dimana ianya telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak iaitu penerima pembiayaan dan pengeluar dana pembiayaan.

Coshare bukan nama baru dalam bidang pemberian pinjaman, tetapi sebelum ini lebih tertumpu kepada pinjaman pengguna(consumer loan). Kini Coshare bekerjasama bersama sebuah Institusi Kewangan terkemuka dari luar negara (Kuwait Finance House (M) Berhad), menawarkan skim Murabahah Pembiayaan Peribadi-i yang mungkin menjadi salah satu skim pembiayaan peribadi-i terbaik di pasaran masakini.

Sbagai makluman, secara umumnya pada ketika ini, hanya ada empat sahaja agensi yang dibenarkan membuat potongan gaji majikan untuk kakitangan Kerajaan Malaysia & Badan-Badan Berkanun, iaitu;

  1. Bank Simpanan Nasional 
  2. Coshare Holdings Berhad 
  3. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad 
  4. Syarikat Takaful Malaysia Berhad 


Persamaan Coshare dengan Koperasi

Pinjaman koperasi telah wujud hampir 20 tahun dahulu. Koperasi adalah dibawah penyeliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan objektif utama koperasi adalah untuk menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang kekurangan modal. Kebanyakan koperasi juga mengadakan fasiliti pinjaman kepada ahli mereka yang bekerja dengan kerajaan.

Pinjaman Coshare pula merupakan pinjaman yang paling baru. Ianya akan menjadi salah satu pinjaman yang begitu popular kerana payoutnya 100% dan kadar untungnya yang rendah. Berikut adalah kesamaan pinjaman Coshare dengan pinjaman koperasi:

Hanya Kakitangan Kerajaan Layak
Peminjam Koperasi memang hanya untuk mereka yang bekerja dengan kerajaan atau badan berkanun. Setiap koperasi ada senarai majikan yang layak. Begitu juga dengan Coshare. Akan tetapi, oleh kerana Coshare masih baru, senarai majikan yang layak tidak sebanyak sesetengah koperasi.

Peminjam Blacklist (CTOS dan CCRIS) layak
Ramai peminjam yang gagal membuat pinjaman bank kerana blacklist meminjam daripada koperasi. Golongan blacklist sekarang ada pilihan baru kerana Coshare juga membenarkan peminjam blacklist. Akan tetapi, kedua-dua koperasi dan Coshare tidak menerima peminjam bankrap.

Potongan Gaji Majikan
Untuk pinjaman koperasi, ansuran dibayar melaui potongan biro angkasa setiap bulan. Seperti koperasi, ansuran pinjaman Coshare juga dibayar melalui potongan gaji majikan.

Overlap dibenarkan
Kedua-dua Coshare dan koperasi membenarkan peminjam membuat overlap pinjaman lama dari Bank, Koperasi dan MBSB

Perbezaan Coshare dengan Koperasi

Walaupun terdapat banyak kesamaan antara Coshare dengan Koperasi, namun terdapat beberapa perbezaan penting. Perbezaan tersebut memberi banyak faedah kepada peminjam. Antara perbezaan antara pinjaman Coshare dan Koperasi adalah:

Coshare Tidak ada Keahlian
Peminjam tidak perlu menjadi ahli dulu sebelum layak membuat pinjaman di Coshare.

Jimat Yuran Keahlian dan Caruman Bulanan
Oleh kerana peminjam tidak perlu menjadi ahli, maka peminjam dapat jimat yuran keahlian dan caruman bulanan.

Peminjam Dapat Pinjam Lebih 
Dari segi perkiraan jumlah pinjaman yang layak, ketiadaan caruman bulanan bermakna wang tersebut boleh digunakan untuk membayar ansuran. Ini bermakna peminjam dapat pinjam lebih melalui Coshare berbanding dengan koperasi.

Payout 100%
Oleh kerana payout koperasi lebih rendah daripada Coshare, maka untuk jumlah pinjaman yang sama, peminjam dapat lebih tunai bersih daripada Coshare.